KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya penganjuran Sukan Komanwel 2026 dapat dilaksanakan dengan bajet berpatutan menerusi model pengecilan saiz untuk kelestarian jangka panjang temasya itu.
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata Sukan Komanwel boleh dianjurkan dalam skala rendah dengan mengurangkan bilangan sukan sehingga serendah 10 acara, meninggalkan upacara pembukaan dan penutup yang gah, serta tanpa membina kemudahan dan kampung sukan baharu untuk pengurangan ketara kos penganjuran.
Beliau berkata bajet bagi model Sukan SEA 2017 adalah kira-kira RM700 juta tidak termasuk bayaran penyiaran dan yuran lain dengan atlet dan pegawai ditempatkan di hotel sekitar pusat bandar berbanding membina kampung sukan baharu.
Katanya kerajaan yang dijangka membuat keputusan berhubung perkara itu minggu ini boleh menggunakan bajet penyediaan kemudahan Sukan SEA 2027 untuk Sukan Komanwel dan mempromosikannya sebagai sebahagian daripada Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
"Bagi Sukan SEA ada lebih kurang 40 jenis sukan, manakala hanya sekitar 15 bagi Sukan Komanwel. Dari segi saiz, Komanwel mempunyai lebih kurang 3,500 atlet atau 5,000 termasuk pegawai, manakala lebih 10,000 atlet dan pegawai terlibat dalam Sukan SEA. Sudah tentu kita boleh anjurkan temasya ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Olimpik Paris 2024 di Wisma MOM di sini hari ini.
Victoria, Australia yang sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menarik diri pada Julai tahun lepas disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dari jangkaan awal AUD2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
Berikutan itu CGF menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah pada 1998 dan negara anggota lain untuk menyelamatkan sukan empat tahun sekali itu.
Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata kerajaan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebelum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk Malaysia menjadi tuan rumah bersama Singapura, Mohd Nazifuddin berkata keputusan itu hanya boleh dibuat kerajaan.
Sementara itu Mohd Nazifuddin berkata beliau lebih cenderung untuk sukan itu diadakan pada 2026, daripada menangguhkan selama setahun ke 2027.
"Memang ada cadangan juga untuk bincang tangguhkan pada 2027, tetapi lebih baik pisahkan Sukan SEA dan Komanwel. Pada 2026 sesuai untuk gunakan sebagai tarikan buat Malaysia sempena TMM 2026 untuk menyambut kontinjen dari lebih 70 negara tetapi bergantung kepada kerajaan," katanya.
Beliau turut mencadangkan supaya diperkenalkan sukan baharu seperti sepak takraw dalam temasya Sukan Komanwel untuk meningkatkan koleksi pingat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Mohd Nazifuddin berkata, Sukan Komanwel boleh dianjur dalam skala rendah dengan mengurangkan bilangan sukan dan meninggalkan upacara pembukaan dan penutup yang gah. - Gambar fail
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.